TRAFIK perlahan ketika tinjauan ketika ini di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur  berikutan warga kota pulang ke kampung sempena cuti Deepavali. FOTO Fathil Asri.
TRAFIK perlahan ketika tinjauan ketika ini di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur berikutan warga kota pulang ke kampung sempena cuti Deepavali. FOTO Fathil Asri.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mengalami kesesakan sejauh 15.9 kilometer (km) bermula KM 20.4 hingga KM 36.6 dari Gombak ke Genting Sempah.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik terus bergerak perlahan sejauh 1.3 km dari KM 39.7 hingga KM41 di KLKd ari Genting Sempah hingga Bukit Tinggi.

"Trafik turut dilaporkan bergerak perlahan bermula KM 77.7 hingga Plaza Tol Karak berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak pagi tadi.

"Sementara itu, kemalangan di KM 268.1 arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menyebabkan trafik perlahan dari Bandar Ainsdale hingga Nilai, Negeri Sembilan," katanya dalam ciapan di X.

Katanya, trafik turut perlahan di sekitar Nilai, kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seremban, dari Bandar Ainsdale ke Seremban, dan Seremban ke Hentian Senawang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 5:28 PM