Tangki najis tempat mayat bayi dikerat lapan ditemui. FOTO Danial Noordin
Tangki najis tempat mayat bayi dikerat lapan ditemui. FOTO Danial Noordin
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Zuliaty Zulkifli


Alor Setar: Ibu bayi dikerat lapan berusia 31 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata, wanita itu masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan doktor kerana mengalami pendarahan selepas melahirkan anak.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, mayat bayi yang dikerat enam ditemui di dalam tangki najis di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra, Selasa lalu.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa sudah meninggal dunia ketika dilahirkan dan ada kesan hirisan daripada objek pipih dan tajam.

Dua lagi anggota badan mayat bayi itu ditemui menjadikan jumlah keseluruhan yang dikerat adalah lapan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 1:42 PM