KAWASAN belakang rumah tempat bayi yang dikerat ditemui. FOTO Danial Noordin
KAWASAN belakang rumah tempat bayi yang dikerat ditemui. FOTO Danial Noordin
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Zuliaty Zulkifli


Jitra: Dua lagi bahagian tangan dan kaki kanan bayi yang dibuang di dalam tangki najis rumah di Kampung Manggol, Jitra ditemui 3.30 petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebenar lapan bahagian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, tangan dan kaki itu sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, dekat sini, untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, tangan dan kaki itu ditemui di tempat sama enam bahagian bayi yang dikerat itu dan jumlah keseluruhan adalah lapan bahagian dikerat.

“€œSelepas pemeriksaan mayat bayi itu oleh doktor patologi, kita akan menyemak ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bayi itu dengan suspek.

“€œSiasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,”€ katan

Berita berkaitan

Kepala antara yang dikerat: http://hmtro.com/1H9PCbY

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 4:51 PM