Lokasi mayat bayi dikerat enam ditemui. FOTO Danial Nordin
Lokasi mayat bayi dikerat enam ditemui. FOTO Danial Nordin
Oleh Zuliaty Zulkifli


Jitra: Hasil bedah siasat bayi dikerat enam yang ditemui di dalam tangki najis rumah di Kampung Manggol, dekat sini, semalam mendapati mangsa sudah meninggal dunia ketika dilahirkan dan ada kesan hirisan daripada objek pipih dan tajam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, enam bahagian yang dikerat itu adalah kepala, bahagian depan dada, bahagian tepi dan belakang dada, bahagian abdomen, kaki dan tangan kiri.

Menurutnya, polis masih mencari baki bahagian tangan dan kaki yang belum ditemui dan siasatan lanjut mendapati bayi itu adalah perempuan.

“Senjata yang digunakan untuk mengerat mangsa belum ditemui. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 2:12 PM