Polis menutup jalan di tempat kejadian bagi melakukan siasatan lanjut. - Foto WMAR Baltimore
Polis menutup jalan di tempat kejadian bagi melakukan siasatan lanjut. - Foto WMAR Baltimore

Baltimore: Empat orang ditembak dekat kampus Universiti Baltimore menyebabkan tiga daripadanya maut awal malam tadi.

Jurucakap polis, detektif Rashawn Strong dalam kenyataan berkata, polis bertindak balas terhadap laporan kejadian tembakan yang berlaku di kawasan perumahan berdekatan kampus Universiti Maryland di Baltimore, 70 kilometer dari Washington.

Menurutnya, polis menemui tiga orang ditembak dengan seorang lelaki didapati sudah mati manakala seorang lagi lelaki dan wanita dibawa ke hospital tetapi mati tidak lama kemudian.

Strong berkata, seorang lagi wanita datang sendiri ke hospital dengan kecederaan akibat tembakan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kenyataan pada laman sesawang universiti itu menyatakan polis kampus melaporkan dia lelaki bersenjata dalam dua van melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang dan jurucakap universiti berkata, tiada pelajar terbabit dalam kejadian itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 9:04 PM