KAWASAN dipercayai berlaku tembakan yang mengorbankan empat orang di Philadelphia. FOTO Google Maps.
KAWASAN dipercayai berlaku tembakan yang mengorbankan empat orang di Philadelphia. FOTO Google Maps.
Reuters

Philadelphia: Empat individu maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan pada malam Isnin di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Polis yang dipetik media tempatan memaklumkan suspek melepaskan tembakan itu kini dalam tahanan reman.

Jurucakap Jabatan Polis Philadelphia mengesahkan pada Reuters, terdapat 'pelbagai mangsa tembakan' tetapi tiada butiran lanjut.

Pegawai polis menahan suspek lelaki yang memakai jaket kalis peluru dan menemukan senapang dan pistol di lorong berhampiran, kira-kira 8.40 malam, lapor The Philadelphia Inquirer.

Media itu bersama televisyen Philadelphia WPVI dan sekutu ABC News, melaporkan dua orang yang ditembak adalah juvana, namun tidak jelas sama ada mereka antara empat yang terkorban.

Maklumat lanjut keganasan masih kurang, tetapi tembakan dilapor berlaku di kawasan Kingsessing di barat daya Philadelphia.

Insiden itu berlaku sehari selepas dua orang ditembak mati dan 28 yang lain cedera, dengan separuh daripadanya kanak-kanak, pada acara parti di luar blok kejiranan di Baltimore, Maryland.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 11:12 AM