TAWARAN menarik bagi semua model Nissan.
TAWARAN menarik bagi semua model Nissan.
Oleh Erywan Norshal


Sempena Ramadan dan Syawal ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan ‘Kempen Riang Raya’ dengan menawarkan enam pemenang untuk menganjurkan rumah terbuka mereka sendiri yang bernilai RM50,000.

Pemenang bagi kempen yang berlangsung antara Jun dan Julai 2015, bakal menganjurkan majlis rumah terbuka sendiri dengan menyediakan hiasan dekorasi, sewa tempat, sistem bunyi, makanan, minuman serta banyak lagi.

Apa yang perlu dilakukan pelanggan adalah menghantar borang penyertaan dengan setiap pembelian sebuah kenderaan Nissan.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, pihaknya sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memberi ganjaran kepada pelanggan.

“Kami percaya konsep ‘Kempen Riang Raya’ tidak pernah dilakukan lagi sebelum ini.

“Peluang untuk merancang sambutan perayaan mereka adalah satu cara kami di ETCM untuk lebih dekat dengan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, ETCM turut melanjutkan Kempen Promosi RM1 untuk membeli Aerokit Nismo bagi model Almera atau Aerokit Impul untuk Grand Livina dan Sylphy.

Promosi RM1 juga membabitkan paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz lapan inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5.

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak menambah tempat duduk kulit pada harga hanya RM1. Kempen RM1 dilanjutkan kepada beberapa varian Navara terpilih yang membolehkan pelanggan mendapatkan Pakej Navi-Plus.

Sebagai tambahan untuk promosi Serena S-Hybrid, pelanggan boleh menikmati servis penyelenggaraan percuma dua tahun.

Bagi memeriahkan lagi Aidilfitri ini, ETCM menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi iPad Air 2 apabila mereka memandu uji kereta di bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:06 AM