BAMPAR hadapan yang sporty.
BAMPAR hadapan yang sporty.
BALUTAN tempat duduk kulit Nappa berwarna perang.
BALUTAN tempat duduk kulit Nappa berwarna perang.
Mohd Razlan Salleh

Kecenderungan pembeli untuk memiliki Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang bergaya membuatkan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan versi premium SUV Nissan X-Trail Aero Edition.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, X-Trail menjadi SUV terlaris nombor satu di Malaysia pada 2015 hingga 2016.

“Kami percaya X-Trail Edisi Aero baru ini akan menarik minat mereka yang mahukan sebuah SUV Jepun berciri mewah dan premium.

“Alat ganti aero baru ini direka khas oleh Tomei Motor Co Ltd, satu jenama Jepun yang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran,” katanya.

Beliau berkata, pakej merangkumi aero bampar hadapan, spoiler sisi bawah dan aero bampar belakang yang memberi penampilan lebih garang.

“Edisi Aero ini juga hadir dengan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci dan tempat duduk kulit Nappa berwarna perang yang memberikan imej sofistikated kepada ruang dalaman,” katanya.

Versi baru itu ditawarkan pada harga tanpa insurans antara RM141,428,96 bagi versi 2.0L 2WD dan RM163,616.06 untuk versi 2.5L 4WD.

Semua pakej ini didatangkan bersama jaminan selama tujuh tahun serta perbatuan tanpa had manakala aksesori dipasang hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu).

Sementara itu, sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong, ETCM menawarkan pelanggan dengan tawaran menarik terhadap X-Trail Edisi Aero.

Pemilik Nissan X-Trail sedia ada yang berminat juga boleh menaik taraf SUV mereka dengan Edisi Aero dengan menghubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke [email protected]. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

INFO

NISSAN X-Trail 2.0L 2WD AERO EDITION

• Harga termasuk GST tanpa insurans

• Semenanjung Malaysia - RM141,428.96

• Sabah - RM143,389.79

• Sarawak - RM143,389.79

• Langkawi - RM102,196.20

• Labuan - RM102,805.10

NISSAN X-Trail 2.5L 4WD AERO EDITION

• Harga termasuk GST tanpa Insurans

• Semenanjung Malaysia - RM163,616.06

• Sabah - RM165,709.14

• Sarawak - RM165,709.14

• Langkawi - RM116,800.50

• Labuan - RM117,478.60

TOMEI MOTOR CO LTD

• Ditubuhkan pada 1968, Tomei Motor Co Ltd dipimpin bekas pelumba yang juga mekanik Nissan, Seiichi Suzuki yang memanfaatkan kerjaya perlumbaannya untuk menjadi antara pakar enjin terkenal di Jepun.

• Tomei diiktiraf sebagai jenama terkenal dengan teknologi, prestasi dan ketahanannya dalam sukan permotoran.

• Pasukan jurutera Tomei menggunakan falsafah pembangunan yang sama dalam mengoptimumkan prestasi enjin jentera lumba ketika membangunkan alat ganti aero kenderaan dan menawarkan pilihan lebih baik kepada pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 12:11 AM