Sejak berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal Raj Kundra, lain benar sikap dan rentak hidup aktres Shilpa Shetty.

Jika sudah dikelilingi kemewahan tentu dia berasakan dunia ini miliknya.

Secara terang-terangan, Shilpa memaklumkan dia tidak suka membeli-belah di India kerana rimas dengan budaya masyarakat negara itu yang suka berselfie dengannya.

“Saya lebih suka membeli-belah menerusi ‘online’ termasuk untuk sambutan Deepavali tahun ini. Bila-bila masa saya boleh beli termasuk pada hujung minggu tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai di pusat beli-belah.

“Benci betul membeli-belah di India kerana orang ramai suka berselfie hingga mengganggu tumpuan saya. Saya pun manusia biasa juga perlu membelek barangan sebelum membelinya. Apatah lagi saya memang ‘kaki shopping’,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shilpa yang mengamalkan senaman yoga baru-baru ini dijemput menghadiri Hari Yoga Antarabangsa, namun menolaknya pada saat akhir.

Difahamkan, Shilpa meminta bayaran tinggi dan penganjur tidak mampu membayarnya.

Akhirnya mereka mengambil aktres lain dan hari sambutan itu berjalan dengan lancar serta meriah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 10:02 AM