Oleh Radzi Wahab


Antwerp (Belgium): Malaysia akan menentang India dalam saingan suku akhir selepas semua pasukan menamatkan cabaran peringkat kumpulan dalam saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Skuad negara yang tewas 1-3, kepada Britain untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan B akan menentang India yang menghuni tangga kedua Kumpulan A selepas juara Asia itu kecundang 2-6, kepada Australia.

Dalam satu lagi perlawanan awal pagai ini, tuan rumah, Belgium mengalahkan Ireland 2-1, manakala dalam aksi pertama di Stadium KHC Dragons, semalam, Pakistan terikat 2-2, dengan Perancis.

Ini bermakna selain pertemuan Malaysia-India, peringkat lapan pasukan terbaik nanti turut menemukan Australia menentang Ireland, Britain melawan Pakistan dan Perancis bertemu Belgium.

Semua perlawanan akan berlangsung Rabu ini.

Kejohanan ini menjadi medan kelayakan ke Olimpik Rio 2016 dengan tiga pasukan terbaik layak secara automatik.

KEPUTUSAN SEMALAM

KUMPULAN A

- Pakistan 2 2 Perancis

- India 2 6 Australia

KUMPULAN B

- Malaysia 1 3 Britain

- Belgium 2 1 Ireland

KEDUDUKAN

KUMPULAN A

- Australia 4 4 0 0 26 2 12

- India 4 2 1 1 10 10 7

- Pakistan 4 1 2 1 7 11 5

- Perancis 4 1 1 2 8 16 4

- Poland 4 0 0 4 2 13 0

KUMPULAN B

- Belgium 4 3 1 0 12 3 10

- Britain 4 2 2 0 15 6 8

- Malaysia 4 2 0 2 8 9 6

- Ireland 4 1 1 2 11 8 4

- China 4 0 0 4 3 23 0

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 7:20 AM