PASUKAN UPSI meraikan kejayaan muncul juara keseluruhan.
PASUKAN UPSI meraikan kejayaan muncul juara keseluruhan.
PESILAT Malaysia A bergambar bersama hadiah dimenangi.
PESILAT Malaysia A bergambar bersama hadiah dimenangi.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Selepas mencuba tujuh kali akhirnya gelaran juara keseluruhan milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila mengungguli edisi ketujuh Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri di Square One Shopping Mall, Batu Pahat yang berakhir semalam.

Kontinjen UPSI cemerlang dengan menyapu tujuh emas, satu perak dan lima gangsa daripada 24 acara dipertandingkan kali ini sekali gus menobatkan mereka selaku juara keseluruhan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Kejayaan UPSI itu turut memadam hasrat juara tahun lalu Politeknik Ungku Omar (PUO) selain pasukan pilihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hampa selepas gagal menyerlah biarpun menguasai hari pertama kejohanan Isnin lalu.

Bagaimanapun, dua pesilat UiTM Maiza Hafizi Mansor dan Faradiba Tugiman diangkat Pesilat Terbaik Putera dan Puteri.

Jurulatih pasukan silat UPSI Muhamad Helmi Abd Aziz(gambar) berkata, beliau gembira atas kemenangan kali ini keana menamatkan kemarau kejuaraan sepanjang tujuh penampilan sebelum ini.

Selepas ini, kami akan terus berlatih untuk pertandingan akan datang bagi meneruskan aksi cemerlang UPSI di persada silat tanah air,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sementara, bagi kategori IPT antarabangsa, Malaysia menepati ramalan apabila mempertahankan status selaku juara keseluruhan dengan enam emas, dua perak dan satu gangsa buat mengenepikan Indonesia dan Thailand di tangga kedua dan ketiga.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 6:59 AM