Dalam usaha mempromosikan kepentingan pembacaan rekreasi dan bebas serta menyediakan platform menggalakkan kanak-kanak membaca, Scholastic Malaysia me­nganjurkan kempen READ: One Nation Reading Together, baru-baru ini.

Kempen tahunan yang diperkenalkan sejak 2008 itu bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pendidik, penerbit, penjual buku, pustakawan, ibu bapa, pelajar dan masyarakat.

Pengarah Scholastic Book Clubs di Scholastic Asia, Tammy Fong berkata, membaca menjadi aktiviti penting di zaman digital ini.

"Kempen galakan budaya membaca diharap mampu memberi keseronokan kepada pelajar.

"Kami berharap kanak-kanak mendapat ilmu pe­ngetahuan, kreativiti dan imaginasi dalam meneroka proses pembelajaran," katanya.

Pelajar SK Convent, Klang Selangor, Pritysha Pemla berpendapat membaca bukan saja memerlukan minat malah soko­ngan ibu bapa.

"Saya suka membaca kerana dapat memberi pendidikan yang baik.

"Melalui pembacaan, saya memperoleh motivasi dan inspirasi," katanya.

Sejumlah 500,000 buku kanak-kanak Scholastic disumbangkan kepada perpustakaan sekolah di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 11:22 PM