PELAJAR yang menerima Anugerah Dekan bangga dengan pencapaian mereka.
PELAJAR yang menerima Anugerah Dekan bangga dengan pencapaian mereka.
Oleh Willi Hamdi Wasrilbayura

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( KIPSAS) me­nganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Dakwah, baru-baru ini bertujuan meraikan kejayaan penerima Anugerah Dekan.

Seramai 42 pelajar Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta 17 pelajar Diploma Pengajian Media Islam diraikan pada majlis berkenaan.

Ia juga bertujuan mengeratkan semangat muhibah pelajar dengan pensyarah, selain menghargai jasa tenaga akademik yang berjaya memacu kecemerlangan pelajar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:00 AM