GEORG  (kiri)  ketika majlis pengumuman pemberian Baucar  RM8 juta Tesco dan Petron di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur.
GEORG (kiri) ketika majlis pengumuman pemberian Baucar RM8 juta Tesco dan Petron di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) dan Petron Malaysia (Petron) melancarkan Kempen Tesco Petron Lebih Jimat Lebaran Ini dengan menawarkan baucar bernilai RM8 juta untuk pemegang kad keahlian kedua-dua syarikat berkenaan ketika membeli-belah atau mengisi petrol bermula 25 Jun hingga 2 Ogos ini.

Menerusi kempen itu, pemegang kad keahlian Tesco clubcard atau Petron Miles Card boleh menerima RM3 baucar untuk mengisi minyak di Petron bagi setiap RM100 berbelanja dalam satu resit di mana-mana Pasaraya Tesco atau RM1.50 baucer Tesco bagi setiap RM50 berbelanja dalam satu resit mengisi minyak di Petron.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Datuk Georg Fischer berkata, kempen berkenaan membantu pelanggan untuk berbelanja dan mendapat pulangan semula dari syarikatnya dan Petron.

Beliau berkata, ia juga membantu pelanggan untuk berbelanja lebih, mengisi minyak untuk perjalanan dan persediaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:10 AM