PEMENANG TENtu Happy Ohsem Treats: Spend and Win.
PEMENANG TENtu Happy Ohsem Treats: Spend and Win.
Lizam Ridzuan

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Petron Malaysia, syarikat berkenaan meneruskan penawaran hadiah kepada 500 pemenang menerusi kempen 'TENtu Happy Ohsem Treats: Spend and Win'.

Kempen ini berlangsung selama lima bulan sehingga November depan.

Ia memberi ganjaran kepada 10 pemenang utama setiap bulan dengan kerjasama 'Enrich', program perjalanan dan gaya hidup Malaysia Airlines.

Pemenang akan memenangi 50,000 mata ganjaran Enrich yang boleh ditebus untuk tiket penerbangan serta penginapan hotel dan hadiah wang RM500.

Tambahan kepada itu, 90 pemenang juga akan dipilih untuk membawa pulang pakej penginapan 22,000 mata ganjaran Enrich dan Petron Miles bernilai RM500, pakej kemasan kereta, beg bagasi serta minyak enjin Petron.

Petron juga bekerjasama dengan Condotti untuk kualiti bagasi yang berkualiti dan Trapo yang menyediakan set kemasan kereta untuk pengalaman pemanduan lebih selesa.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Shaliza Mohd Sidek berkata, kempen TENtu Happy Ohsem Treats: Spend and Win ialah penghargaan pihaknya kepada pelanggan.

"Kempen ini juga mampu mencipta kenangan manis bersama orang tersayang. Kami gembira dapat mengekalkan kerjasama jangka panjang bersama Enrich dalam menawarkan lebih banyak ganjaran melalui usaha ini," katanya.

Selain sebagai pembekal bahan api untuk pesawat Malaysia Airlines, kerjasama dua pihak ini juga untuk membantu pemulihan ekonomi dan mempromosikan sektor pelancongan serta nilai tambah kepada pelanggan.

Setiap pemegang kad Petron Miles secara automatik akan menyertai kempen ini. Penyertaan ini pula melalui pembelian bahan api bernilai RM50 ke atas.

Pelanggan hanya perlu meleretkan kad Petron Miles itu ketika pembelian bahan api dan mata ganjaran berkenaan boleh ditukar kepada mata ganjaran Enrich.

Petron dan Enrich bekerjasama sejak 2013 dan menyumbang satu juta mata ganjaran bernilai RM100,000 untuk kempen tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 12:50 PM