Tauhu dilihat sebagai makanan rendah lemak dan rendah kalori, selain kaya protein, kalsium dan lemak tidak tepu serta dianggap sebagai sumber nutrisi yang lengkap. Ia bagus sebagai sumber daging dan sajian berkhasiat untuk pemakan sayur-sayuran.

Tauhu boleh digoreng begitu saja dan dimakan panas atau ditambah sayur-sayuran. Tauhu juga enak dibakar dan dimakan bersama sos. Ada pelbagai jenis tauhu termasuk tauhu segar dan tauhu yang sudah diproses.

Bau dan rasa tauhu agak lemah jadi ia digunakan sama ada dalam masakan berempah atau manis dan sering ­diperap untuk disesuaikan ­dengan jenis hida­ngan.

Antara khasiat­nya ­merendahkan risiko ­penyakit jantung, tahap kolesterol, me­ngurangkan risiko osteoporosis ­menerusi kandungan ­kalsium yang tinggi, mengurangkan risiko kanser prostat dan ­payudara serta simptom menopaus awal.

Berikut antara resipi tauhu dan kacang buncis ala szechuan yang boleh dicuba:

Bahannya:

-1/2 cawan air

-1/2 cawan kicap kurang masin

-1 sudu besar pes tomato

-2 sudu teh cuka hitam (chinkiang) atau cuka balsam

-2 sudu teh gula

-1/2 sudu serbuk lada merah atau secukup rasa

-1 sudu teh dan 2 sudu besar tepung jagung dibahagikan

-1 bungkus tauhu keras ditoskan

-2 sudu besar minyak kanola, dibahagikan

-4 cawan kacang buncis dipotong dua

-4 ulas bawang putih dicincang

-2 sudu teh halia hidup dicincang

Cara menyediakan:

1. Gaulkan 1/4 cawan kicap, pes tomato, cuka, gula, serbuk lada merah secukup rasa dan 1 sudu teh tepung jagung di dalam mangkuk kecil.

2. Potong tauhu sebesar dadu kemudian gaul bersama baki sudu tepung jagung.

3. Panaskan satu sudu besar minyak, masukkan tauhu dan susun sekata supaya meliputi seluruh permukaan kuali. Biarkan selama dua minit. Terbalikkan dan kacau perlahan. Apabila kekuningan, pindahkan ke dalam pinggan.

4. Masukkan baki satu sudu besar mi­nyak ke dalam kuali. Masukkan kacang buncis bawang ­putih dan halia. Tambahkan air, tutup dan ­masak selama dua

hingga empat minit ­sehingga kacang buncis lembut.

5. Tambah baki campuran kicap. Teruskan memasak dan kacau selama satu minit sehingga kuah pekat. Masukkan tauhu dan masak selama satu minit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:00 AM