Yusliza Yakimir Abdul Talib

Menikmati hidangan bersama seisi keluarga memang sangat menyeronokkan. Di samping kegembiraan menikmati hidangan enak, jangan dilupa diet seimbang.

Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan misalnya boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan tubuh malah amalan memakannya juga membuatkan anda lebih bertenaga dan cergas.

Mahu lebih berselera menikmati sayur, apa kata anda memasaknya dengan menambahkan pelbagai lauk seperti udang atau ayam untuk menghilangkan rasa bosan.

Selain itu, untuk memikat selera, anda juga boleh menambah keenakan hidangan sayur dengan penambah perisa. Berikut dua resipi diet seimbang dengan sayur campur berkuah disediakan pengeluar makanan dan perisa, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (Ajinomoto).

Sayur Campur Berkuah

• Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan

• 3 sudu besar minyak masak

• 3 biji bawang merah, dihiris

• 3 ulas bawang putih, dihiris

• 200 gram (g) isi udang, dibersihkan

• 2 cawan air

• 1 sudu kecil Ajinomoto

• 2 sudu kecil sos tiram

• 1 sudu kecil garam, atau secukupnya

• 150g bunga kobis

• 100g lobak merah, dipotong nipis

• 50g jagung muda

• 150g brokoli

• 50g kacang pis

• 1 sudu besar tepung jagung, dikacau bersama dua sudu besar air

Cara menyediakan

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih.

2. Masukkan isi udang dan kacau goreng sebentar.

3. Tuangkan air dan perasakan dengan ajinomoto, sos tiram dan garam.

4. Masukkan bunga kobis, lobak merah dan jagung muda. Didihkan. Masukkan brokoli dan kacang pis dan kacau sehingga mendidih.

5. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.

SAYUR Campur Berkuah
SAYUR Campur Berkuah

Sayur Campur Berkuah Kacang Manis

• Cadangan hidangan:4-6 orang

Bahan-bahan

• 200g isi ayam, dipotong dadu

• ½ sudu kecil Ajinomoto

• 1 sudu besar kicap cair

• ½ sudu kecil gula

• ¾ sudu kecil garam

• 2 sudu besar minyak masak

• 1 biji bawang besar, dipotong dadu

• 3 ulas bawang putih, dihiris

• 150g kacang manis

• 150g lobak merah, dihiris nipis memanjang

• ½ cawan air

Cara menyediakan

1. Satukan isi ayam, ajinomoto, kicap cair, gula dan garam. Perapkan sebentar.

2. Panaskan minyak masak, gorengkan ayam sehingga keperangan.

3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng sebentar.

4. Masukkan sayuran dan air. Didihkan sehingga sayur masak.

SAYUR Campur Berkuah Kacang Manis
SAYUR Campur Berkuah Kacang Manis

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Ogos 2018 @ 2:46 PM