Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Bakat memasak kek sememangnya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang untuk mencari atau menempah kek yang disukai, apatah lagi ketika tibanya hari istimewa seperti sambutan hari jadi insan tersayang.

Namun dengan resipi yang mudah, mereka yang tidak pernah memegang ketuhar juga mampu menghasilkan kek lazat tanpa perlu gusar dengan hasilnya.

Baru-baru ini, jenama mentega Buttercup melancarkan Kelab Cinta Ketuhar yang turut memaparkan koleksi resipi peribadi chef dihasilkan peserta.

Bagi yang menggemari kek, di ruangan kali ini ditampilkan resipi kek Semolina Almond Butter yang dikongsi oleh pemilik Anies Bake House, Noranis Ayu Nordin.

Bahan-bahan

-250g mentega

-200g gula kastor

-200g tepung

-5 biji telur

-60ml susu segar

-60g semolina/suji

-1 ½ sudu teh serbuk penaik

-¼ sudu teh soda bikarbonat

-25g serbuk kacang badam

-25g cincangan kacang badam

-½ sudu teh mentega vanila

Cara membuatnya

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.

2. Masukkan telur satu persatu. Kacau hingga sebati.

3. Tambah semolina/suji bersama susu segar.

4. Masukkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kacang badam dan cincangan kacang badam.

5. Tambah mentega vanila dan kacau lagi hingga rata.

6. Tuang adunan ke dalam loyang bulat berukuran sembilan inci.

7. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:02 AM