LEMANG dengan kari ikan mangga berkrim.
LEMANG dengan kari ikan mangga berkrim.
MARIGOLD

Susu Marigold melengkapkan sajian lebaran dan menjadikannya lebih enak. Mari kita cuba dan berikan sedikit kelainan pada sajian lebaran tahun ini.

Masa penyediaan: 40 minit

Masa memasak: 40 minit

Hidangan: 10

Bahan-bahan untuk kari ikan mangga berkrim:

- 4 sudu besar minyak masak

- 1 sudu teh halba

- 1 sudu teh jintan manis

- 1 sudu teh biji sawi

- 4 biji bawang merah, didadu

- 2cm halia, dicincang

- 6 ulas bawang putih, dicincang

- 4 tangkai daun kari

- 2 biji mangga, didadu

- 2 sudu teh serbuk cili

- 2 sudu besar serbuk kari

- 2 sudu teh serbuk jintan putih

- 2 sudu teh serbuk kunyit

- 6 keping filet ikan tenggiri

- 1 cawan air

- 1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

- 1 sudu teh garam

- 2 sudu teh kicap cair

Bahan-bahan untuk lemang:

- 2 cawan beras pulut

- ½ cawan santan

- ½ cawan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

- 2 sudu teh garam

- ½ cawan air

- 4 helai daun pisang

Cara penyediaan:

Kari ikan mangga berkrim

1. Panaskan minyak masak dan tumis halba, jintan manis dan biji sawi. Masukkan bawang merah yang didadu, halia cincang, bawang putih dan masak sehingga naik bau.

2. Masukkan daun kari dan mangga yang didadu kemudian masak selama 3 minit.

3. Kemudian campurkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk kunyit dan masak sehingga wangi. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 3 minit.

4. Masukkan air dan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Biarkan sehingga mendidih kemudian reneh selama 5 minit. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan kicap cair.

5. Hidang panas-panas bersama lemang.

Lemang

1. Rendam beras pulut dalam air selama 4 jam.

2. Toskan beras kemudian campur dengan santan, Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD, garam dan air.

3. Kukus beras selama 15 minit kemudian kacau menggunakan penyepit atau sudu.

4. Teruskan mengukus selama 15 minit lagi dan kacau semula.

5. Masukkan lemang ke dalam acuan berbentuk silinder dan balut dengan daun pisang. Bungkus gulungan lemang dengan kertas aluminium dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 5 minit.

Tip Chef:

Menyalut ikan dengan sedikit tepung serbaguna dan goreng sebelum dicampur dengan kari boleh memberi keenakan dan tekstur yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 10:55 AM