GAUL kentang dan brokoli yang sudah dikukus dengan mentega, kemudian angkat salmon dan hidang bersama sos bawang putih tadi.
GAUL kentang dan brokoli yang sudah dikukus dengan mentega, kemudian angkat salmon dan hidang bersama sos bawang putih tadi.
SEDIAKAN bahan utama iaitu mentega, lada hitam, susu cair, kentang, bawang putih dan parsli.
SEDIAKAN bahan utama iaitu mentega, lada hitam, susu cair, kentang, bawang putih dan parsli.
BROKOLI dikukus.
BROKOLI dikukus.
SALUT ikan dengan garam dan lada hitam, kemudian perap seketika.
SALUT ikan dengan garam dan lada hitam, kemudian perap seketika.
LETAKKAN sedikit minyak zaitun dan panggang di atas api sederhana sehingga salmon masak sepenuhnya.
LETAKKAN sedikit minyak zaitun dan panggang di atas api sederhana sehingga salmon masak sepenuhnya.

Oleh kerana salmon mempunyai banyak khasiat, apa kata seminggu sekali sediakan hidangan ini sebagai menu istimewa seisi keluarga. Selain digoreng atau dimasak kari, salmon enak dipanggang dan dimakan bersama sos bawang putih dan sayur-sayuran.

Salmon mudah dibeli di pasar raya besar mengikut ukuran yang anda inginkan. Selepas itu, cuci bersih kemudian perap selama 20 minit menggunakan mentega, garam dan lada hitam. Panaskan alat pemanggang dan letakkan sedikit minyak zaitun bagi memberikan rasa lemak apabila salmon mengeluarkan minyak sendiri.

Menurut Izarina Ibrahim yang sering berkongsi resipi hidangan sihat menerusi Instagram mommysloelah, menyediakan salmon panggang sangat mudah kerana tidak memerlukan rempah ratus atau bahan tinggi kolesterol.

"Salmon sangat berkhasiat. Justeru, menyediakan hidangan secara panggang lebih sesuai bagi mengekalkan nilai nutrisinya. Untuk menambah nilai protein, campurkan dua sayuran penting kentang dan brokoli yang mempunyai vitamin yang tinggi," katanya.

Jelas Izarina, salmon panggang boleh dimakan begitu saja atau bersama nasi putih. Hidangan ringkas ini mempunyai semua kandungan nutrisi seimbang termasuk protein, vitamin, omega-3 dan DHA yang baik untuk perkembangan otak.

Bagi kanak-kanak yang tidak gemarkan ayam atau daging, salmon memberikan rasa berbeza disebabkan isinya yang lembut dan berlemak. Protein daripada ikan salmon ini juga lebih mudah dihadam dan diserap sistem tubuh. Ia juga tidak mempunyai bahan yang boleh menjadi punca kanser seperti sumber protein lain. Omega-3 dan DHA yang banyak didapati daripada salmon juga membantu mengurangkan keradangan mata.

Kandungan vitamin D pula membantu fungsi otak, menguatkan daya ingatan dan risiko kemurungan. Menerusi omega-3 dalam ikan ini, ia boleh melindungi sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen semula jadi untuk membantu kulit lebih sihat. Ia juga sangat bagus untuk ibu hamil.

Salmon panggang dengan sos bawang putih

Bahannya:

-1 hiris salmon

-1 biji kentang dan beberapa hirisan brokoli kukus

Bahan sos:

-2 sudu perahan lemon

-2 sudu mentega

-2 ulas bawang putih dicincang halus

-1 sudu teh tepung jagung

-1 sudu teh lada sulah

-2 sudu susu cair rendah lemak

-Serbuk parsli

-2 sudu minyak zaitun

Cara penyediaan sos:

1. Panaskan mentega sehingga cair. Kemudian masukkan bawang putih dan kacau sehingga kekuningan.

2. Masukkan jus lemon dan kacau.

3. Tambahkan tepung jagung, lada sulah, susu cair rendah lemak dan kacau.

4. Tambahkan perisa dan serbuk parsli.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:01 AM