Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu penjaga gol skuad hoki kebangsaan S Kumar kembali positif dan terus memberi khidmat kepada sukan hoki negara.

"Saya tahu ini adalah cabaran begitu besar sekali buat Kumar dan keluarga. Namun demikian, segalanya sudah ditakdirkan.

“Saya berharap setelah dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga, beliau akan terus positif dan menyumbang kepada negara,” katanya ketika melawat Kumar di kediamannya di Taman Puncak Jalil.

Pada 18 Jun lepas, Kumar yang dalam persediaan menghadapi kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) di Belgium dikejutkan dengan berita kematian anak bongsunya Harshenn di Hospital Kuala Lumpur.

Berikutan tu, penjaga gol berusia 36 tahun itu dibawa kembali ke tanah air dan menarik diri daripada kejohanan itu yang juga kelayakan ke Sukan Olimpik 2017 di Rio de Janeiro, Brazil. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 8:29 AM