Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei terus konsisten apabila melepasi pusingan pertama Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat selepas mudah menjinakkan pilihan ke-13 dari Jepun Kazumasa Sakai 21-14, 21-13 semalam.

Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan berkata, aksi Chong Wei hanya dilihat tidak begitu konsisten pada awal permainan.

“Sebab ini adalah perlawanan pertama. Soal sasaran di sini, saya fikir Chong Wei perlu lalui satu persatu perlawanan terlebih dulu.

“Tapi fokus utama adalah untuk mengutip sebanyak mungkin mata bagi menaikkan kembali ranking Chong Wei.

“Kalau muncul juara pasti lebih membantu Chong Wei menaikkan rankingnya,” katanya.

Jelas Hendrawan, Chong Wei masih mampu mengekalkan prestasinya pada tahap terbaik dan bakal bertemu Rasmus Fladberg dari Denmark selepas ini.

Sementara itu, Zulfadli Zulkiffli tewas kepada pilihan ketiga dari Denmark Hans Kristian Vittinghus 21-19, 14-21, 23-25.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 10:27 AM