ZAITON menunjukkan kesan pembedahan pada dada Mohd Putraazamuddin sambil ditemani anak kedua, Nur Farah Idayu.
ZAITON menunjukkan kesan pembedahan pada dada Mohd Putraazamuddin sambil ditemani anak kedua, Nur Farah Idayu.
Oleh Khairulmizan Yahya

Kuantan: Begitu berat dugaan ditempuh seorang ibu tunggal, Zaiton Yusoff, 44, apabila terpaksa bersendirian menyara tiga anaknya termasuk dua daripada mereka menghidap penyakit kronik selepas ditinggalkan suami kira-kira lapan tahun lalu.

Anak keduanya, Nur Farah Idayu Mat Hamzah, 19, menderita penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) sejak dua tahun lalu manakala anak bongsu, Mohd Putraazamuddin, 9, pula menghidap jantung berlubang sejak berusia tujuh tahun.

Lebih menyedihkan apabila ibu tunggal itu mendakwa tidak pernah menerima bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat walaupun beberapa kali memohon, malah dua anaknya yang bersekolah juga tidak pernah menerima bantuan persekolahan.

Namun, wanita itu bernasib baik kerana masih mempunyai tempat berteduh apabila ada individu prihatin membenarkannya menumpang di rumah didiaminya sekarang di Lorong Bahagia, Kampung Seri Damai, di sini, secara percuma.

Zaiton berkata, dia menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak di kantin pusat latihan kemahiran Giat MARA, Batu 6, di sini, dengan pendapatan harian iaitu kira-kira RM50 sehari dari Isnin hingga Jumaat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 8:23 AM