KAPAL tangki MT Orkim Harmony yang membawa petrol dilapor hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis lalu. FOTO Bernama
KAPAL tangki MT Orkim Harmony yang membawa petrol dilapor hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis lalu. FOTO Bernama
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mempertingkatkan usaha mencari dan menjejaki kapal tangki MT Orkim Harmony dengan menambah aset udara kepada lima pesawat berbanding satu sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, usaha itu bagi membolehkan pemantauan dari udara dilakukan dengan lebih menyeluruh.

"Aset berkenaan adalah dua dari APMM; dua dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta satu helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sementara aset di laut kekal sebanyak 10 kapal.

"Ketika ini, kita sudah mencari di seluruh kawasan perairan di Semenanjung Malaysia, namun tiada sebarang petunjuk baru yang kita perolehi.

"Pada masa sama, Indonesia juga sudah menghantar tiga kapal untuk membantu menjejaki MT Orkim Harmony di sekitar kepulauan Natuna dan Anambas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 5:23 PM