Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang: Sebuah rumah yang dalam proses penambahan dibahagian atas runtuh dan menghempap dua buah kereta di Taman Dagang Jaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, tiga individu berada di dalam rumah berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ampang berkata, struktur tambahan dibahagian atas yang sedang dalam pembinaan runtuh dan menghempap dua kereta yang diparkir di garaj.

"Kereta jenis Toyota Herrier dan Perodua Rusa itu mengalami kerosakan akibat runtuhan itu.

"Ketika kejadian pemilik rumah berada di surau berhampiran dan hanya isteri bersama dua anak mereka berada di rumah,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 2:25 PM