PENGUNJUNG boleh bergambar kenangan di mural 3D.
PENGUNJUNG boleh bergambar kenangan di mural 3D.
Teks dan gambar Rudy Syareme Sheriffudin


Pertama kali mengunjungi muzium emas Public Gold yang pertama seumpamanya di Malaysia, ramai pasti terkejut melihat ketulan, duit dan jongkong emas yang dipamerkan, malah anda boleh merasai pengalaman berada dalam gua batu untuk melihat proses mengorek, mendulang dan membuat emas.

Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, Muzium Emas milik Public Marketing Sdn Bhd (Public Gold) di Lebuh Bishop, Pulau Pinang ini menempa sejarah tersendiri sebagai muzium emas pertama di Malaysia dan Asia.

Beliau berkata, dengan kos pembinaan bernilai RM20 juta, muzium yang dibuka pada 1 Mei lalu amat istimewa kerana orang ramai dapat melihat koleksi emas dan perak termasuk memegang jongkong emas seberat 50 kilogram yang bernilai RM7juta dan jongkong perak 30 kilogram bernilai RM70,000.

“Pengunjung juga berpeluang melihat demostrasi membuat perak dan mengabadikan kenangan bergambar pada mural 3D.

“Impian memiliki muzium emas yang di­idamkan sejak 15 tahun lalu kini menjadi kenyataan dan kami mempunyai lebih 500 koleksi emas dan perak untuk tatapan orang ramai,” katanya.

Kata­nya, muzium emas ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hing­ga 6 petang dan orang ramai yang ingin mengunju­ngi dikenakan bayaran RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak) bagi pemegang MyKad manakala untuk pelancong asing RM50 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak).

“Bagi kanak-kanak tujuh tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran dan kami turut menyediakan potongan istimewa buat mana-mana pihak yang mahu membuat lawatan secara berkumpulan,” katanya.

Orang ramai yang i­ngin berkunjung ke muzium emas ini boleh menggunakan perkhidmatan bas Penang City Hop On Free (CAT) Shuttle atau bas Rapid Penang dari Terminal Feri ke Komtar dan turun di Lebuh Farquhar sebelum berjalan kaki kira-kira lima minit ke muzium itu.

Layari laman web www.goldmuseum.com.my atau laman sosial Facebook PG Gold Museum untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 1:57 PM