NG (lima dari kiri) bersama usahawan Public Gold, baru-baru ini.
NG (lima dari kiri) bersama usahawan Public Gold, baru-baru ini.
myMetro

Georgetown: Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) menyasarkan lebih 100,000 usahawan baru dilahirkan dalam dua tahun akan datang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sasaran itu bakal menjadi realiti selepas pelbagai insentif diadakan di seluruh negara sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata, kejayaan melahirkan 70,000 usahawan Public Gold setakat ini mampu mewujudkan rangkaian niaga dalam kalangan usahawan emas berdaya saing di seluruh negara.

“Biarpun keadaan ekonomi negara tidak konsisten, sokongan diberikan usahawan baru dalam mewujudkan simpanan emas fizikal kian bertambah dan keyakinan mereka menjadi nadi kekuatan Public Gold.

“Kenaikan harga emas tidak menghalang orang ramai membelinya untuk simpanan kekal bagi mengelak berlaku kecairan wang dan saya yakin, sasaran utama kami melahirkan lebih 100,000 usahawan menjadi kenyataan,” katanya pada Program Insentif Jualan (SIP) 2016 kali kesembilan di Ibu Pejabat Public Gold di Bayan Lepas, di sini, baru-baru ini.

Ng berkata, sejak SIP diadakan beberapa tahun lalu, lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dan mendapat sambutan memberangsangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 6:45 AM