Perdana Menteri Australia Tony Abbott
Perdana Menteri Australia Tony Abbott

Canberra: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, enggan menafikan laporan yang menyatakan pegawai kerajaan negara itu membayar tekong kapal yang membawa pelarian supaya berpatah balik ke Indonesia sebaliknya menyatakan Australia akan menghalang kedatangan bot itu ‘dengan apa cara sekalipun.

Anggota pengawal sempadan Australia dilaporkan membayar ribuan dolar Australia kepada tekong bot yang membawa 65 orang pemohon suaka politik yang dipintas minggu lalu.

Polis Indonesia menyatakan enam kakitangan dalam bot itu mendakwa mereka dibayar A$5,000 supaya berpatah balik.

Kapal itu kemudiannya tersadai terlanggar batu dekat kepulaun Rote, Jawa.

Kementerian Luar Indonesia menyatakan polis sedang menyiasat dakwaan itu.

Jurucakap kementerian itu, Arramanatha Nasir, berkata: “Ia membahayakan nyawa. Mereka berada di tengah laut tetapi diarah berpatah balik.”

Dalam temuramah dengan Radio Macquarie pagi tadi, Abbott berkat, strategi kreatif dilaksanakan bagi menghalang kemasukan bot pendatang.

“Kami perlu menghalang bot itu dengan apa cara sekali pun, cara baik atau tidak kerana itu yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan sudah berjaya,” katanya.

Menurutnya, dia berbangga dengan apa yang dilakukan agensi pengawal sempadan dan amat berbangga dengan idea kreatif mereka.

“Kita lakukan apa yang perlu untuk melindungi negara daripada penyeludup manusia,” katanya.

Pemohon suaka politik dari Sri Lanka dikenali sebagai Kajuran memberitahu ABC News cerita yang sama dan awak minggu ini, Bangladeshi named Nazmul Hassan dari Bangladesh memberitahu Radio New Zealand, sebanyak A$7,200 dibayar kepada tekong dan anak kapal untuk setiap penumpang.

Menurut Nazmul. pihak berkuasa merampas sebahagian besar wang itu. - ABC News

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 12:18 PM