POLIS Indonesia menunjukkan sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dan seorang kru bot penyeludupan manusia yang didakwa menerima bayaran daripada pihak berkuasa Australia untuk berpatah balik.
POLIS Indonesia menunjukkan sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dan seorang kru bot penyeludupan manusia yang didakwa menerima bayaran daripada pihak berkuasa Australia untuk berpatah balik.
AFP

Sydney: Polis Indonesia mendedahkan sejumlah wang dolar Amerika Syarikat bernilai AS$31,000 (RM116,275) sebagai bukti pihak berkuasa Australia membayar kru bot penyeludupan manusia untuk berpatah balik ke negara itu.

Polis wilayah Timor Barat mendakwa 65 pencari suaka politik dan enam kru ditempatkan dalam dua bot kayu untuk kembali ke wilayah Indonesia.

Sebuah bot itu kemudiannya kehabisan minyak dan sebuah lagi terlanggar batu karang sebelum mendarat di wilayah berkenaan.

“Kami memberikan anda bukti ini,” kata ketua polis wilayah Timor Barat, Endang Sunjaya kepada akhbar Sydney Morning Herald.

Muka depan akhbar itu semalam memaparkan Endang memegang sejumlah not AS$100 (RM375).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 7:59 AM