Cuaca yang panas dan lembap sering menyebabkan ketidakselesaan pada kulit terutama apabila berpeluh.

Apa yang menjadikannya lebih teruk ialah kulit terasa melekit apabila menggunakan pelindung matahari yang berminyak.

Sunplay, jenama pelindung ultra ungu (UV) dari Jepun memperkenalkan Skin Aqua Sarafit UV yang dirumuskan dengan teknologi Double Silky Powder untuk perlindungan cahaya matahari yang lebih selesa tanpa berminyak atau melekit walaupun selepas berpeluh.

Produk terbaru itu menawarkan perlindungan tinggi terhadap selaran matahari dengan 4PA+ bagi mengelak punca utama penuaan pramatang.

Teksturnya ringan dan licin, tidak melekit dan tidak berminyak. Ia sesuai untuk kegunaan harian dalam cuaca yang panas dan lembap. Selain itu, ia juga mempunyai aroma flora yang menyegarkan.

Ia turut diperkayakan dengan asid hyaluronik dan ‘super’ asid hialuronik untuk memastikan kulit kekal terhidrat sepanjang hari.

Ramuan kolagen yang turut ada dalam produk ini membantu meningkatkan keanjalan kulit agar kelihatan licin dan awet muda.

Bebas pewarna dan minyak mineral, menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 12:29 PM