APRILIA Santini ,.. Filipina ragui jantinanya. - Foto Reuters
APRILIA Santini ,.. Filipina ragui jantinanya. - Foto Reuters

Singapura: Penganjur Sukan SEA menolak permintaan Filipina supaya mengadakan ujian menentukan jantina terhadap pemain bola tampar wanita Indonesia.

Rayuan melakukan ujian terhadap Aprilia Santini Manganang, 23, oleh Filipina itu ditolak jawatankuasa penganjur SINGSOC selepas meneliti dokumen yang disediakan pakar perubatan.

“SINGSOC diberitahu jawatankuasa perubatan Persekutuan Sukan Asia Tenggara bahawa mereka sudah meneliti dokumen yang diserah pasukan bola tampar wanita Indonesia dan berikutan itu, rayuan Filipina ditolak,” kata kenyataan SINGSOC hari ini.

Kontinjen Filipina sebelum ini mempersoalkan keupayaan Aprilia sebagai pemain wanita dan menuntut dia menjalani ujian menentukan jantina.

Dalam perlawanan pertama menentang Singapura bagi Kumpulan B, Indonesia mengalahkan Filipina 25-22, 25-20, 25-14. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 5:52 PM