MAYAT pendaki kanak-kanak warga Singapura, Wee Yee Ping, 12, dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
MAYAT pendaki kanak-kanak warga Singapura, Wee Yee Ping, 12, dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
BERNAMA

Singapura: “Doakan yang terbaik,” kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong berhubung nasib lapan pelajar sekolah dan dua guru mereka yang hilang susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah kelmarin.

Dalam catatan Facebook beliau semalam, Lee berkata: “Ibu bapa dan keluarga berlepas dengan pesawat C130 Tentera Udara Singapura (RSAF) pada 9.30 pagi ini menuju ke Kota Kinabalu.

“Doakan yang terbaik. Akan kemas kini status pelajar dan guru kita di Kota Kinabalu yang hilang serta cedera apabila saya peroleh maklumat lebih terperinci.”

Laporan sebelum ini menyebut sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong sedang menyertai rombongan ke Gunung Kinabalu apabila gempa bumi itu melanda.

Lapan pelajar berusia 12 tahun, dan dua guru mereka tidak dapat dihubungi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 5:30 AM