Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Lima pelancong asing termasuk seorang wanita yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu akan ditahan pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang turut menyatakan nama lima pelancong berkenaan.

"Polis sedang menyiasat laporan itu dan semua individu terbabit dipercayai masih berada di negeri ini.

"Pihak berkuasa akan mengadakan pemantauan di semua pintu keluar di negeri ini bagi mengesan kumpulan pelancong terbabit," katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 7:33 PM