Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan laporan pesawat terbang rendah di kawasan Pantai Timur semalam adalah latihan kerjasama antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Menurutnya, orang ramai di sekitar kawasan berkenaan tidak perlu risau kerana ianya adalah latihan normal mengikut prosedur.

"Kita diberitahu ada laporan polis yang dibuat disebabkan kegusaran orang awam. Saya ingin tegaskan di sini, ia cuma latihan biasa.

" Memang ada pesawat yang terbang pada paras yang sangat rendah, dikatakan setinggi pokok kelapa, tapi itu adalah prosedur latihan," katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Liow turut menafikan berhubung dakwaan laporan kononnya sebuah pesawat terhempas di Gua Musang, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 12:58 PM