TERTUDUH diiring anggota polis ketika di mahkamah.
TERTUDUH diiring anggota polis ketika di mahkamah.
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Pasir Mas: Seorang ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Majistret Pasir Mas sebentar tadi terhadap tuduhan menggunakan gelaran datuk untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran, April lalu.

Tertuduh, Che Zulkifli Che Had, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai 2015.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa menggunakan gelaran datuk di dalam kad perniagaan dan kad pengesahan nama untuk tujuan perniagaan walaupun belum dikurniakan gelaran itu di sebuah kedai makan di Lubok Jong di sini, pada 9 malam, 6 April 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 (1)(a) Akta Lambang dan Nama 1963 dan dihukum mengikut seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 1:01 PM