SENTUHAN Emerald hijau
SENTUHAN Emerald hijau

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics melancarkan dua warna baru Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge iaitu biru Topaz dan hijau Emerald sebagai tambahan kepada warna sedia ada iaitu putih mutiara, hitam ‘Sapphire’ dan platinum emas.

Timbalan Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang berkata, warna biru Topaz Galaxy S6 sesuai dijadikan aksesori fesyen buat penggemar warna yang terang dan tersendiri.

“Kami berhasrat untuk membawa sejenis telefon pintar unik kepada pelanggan yang menyediakan gabungan lancar serta keindahan dinamik bertujuan melengkapi setiap aspek peranti mereka.

“Hijau Emerald Galaxy S6 Edge adalah pilihan warna menawan yang sesuai untuk pengguna yang gemarkan telefon pintar selain tampil sofistikated dan unik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Telefon pintar Galaxy S6 didatangkan dalam empat pilihan warna dengan penyimpanan data 32 GB manakala Galaxy S6 Edge hadir dengan empat warna dengan dua pilihan penyimpanan data iaitu 32 GB dan 64 GB.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 6:26 AM