SIRI GALAXY A
SIRI GALAXY A
Afiq Hanif


Samsung Malaysia Electronics teruja untuk menawarkan peminat ganjaran hebat melalui Tawaran Hebat Galaxy Raya apabila mereka yang bertuah berpeluang memenangi hadiah berupa gajet dan sebuah kereta Honda City.

Bermula 23 Mei sehingga 17 Julai 2016 ini, pelanggan yang membeli peranti Galaxy terpilih dapat melayakkan diri untuk membawa pulang jenama baru Honda City.

Menerusi promosi khas pembelian-dengan-pembelian (PWP), mereka yang membeli Galaxy S7, Galaxy S7 edge mahupun Galaxy Note5 dari mana-mana kedai berpeluang mendapatkan peranti boleh dipakai, Gear VR Samsung dengan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga asal pada RM321 selain berhak menebus pengecas tanpa wayar bernilai RM279.

Malah menerusi pertandingan Menang Kereta terbabit, pelanggan hanya perlu membuat perlu pembelian peranti mudah alih, tablet atau peranti boleh dipakai terpilih dengan nilai minimun sebanyak RM300, seterusnya log masuk ke akaun Samsung dan jawab satu soalan mudah melalui SMS untuk merebut hadiah utama berkenaan.

Selari dengan pelancaran kempen itu, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan barisan telefon pintar Siri Galaxy A (2016) terbaru dalam gaya hidup yang unik dengan menggariskan ciri-ciri teras kamera dan penyimpanan.

Dengan reka bentuk dan teknologi inovatif, Siri Galaxy A (2016) menawarkan pengguna Malaysia platform untuk meluahkan keperibadian mereka dengan prestasi berkuasa dalam tiga pilihan saiz skrin iaitu 5.5 inci untuk A7, 5.2 inci untuk A5 dan 4.7 inci untuk A3.

Siri Galaxy A (2016) menawarkan pengguna fungsi kamera berkuasa dan menyeronokkan untuk merakam detik-detik indah dan kekal menyimpannya pada telefon mereka dengan ruang simpanan yang besar sehingga 128 GB.

Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan sistem kamera yang dipertingkatkan untuk kedua-dua gambar dan video. Sistem canggih termasuk Optical Image Stabilization (OIS) pada kamera hadapan dapat mengelakkan imej kabur, serta F1.9 kanta depan dan belakang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar secara optimum dalam keadaan cahaya rendah.

INFO

SIRI GALAXY A (2016)

- Harga: RM1,899 (Galaxy A7 2016), RM1,599 (Galaxy A5 2016) dan RM1,299 (Galaxy A3 2016) termasuk GST

- Saiz skrin: 5.5 inci (A7), 5.2 inci (A5) dan 4.7 inci (A3)

- Warna: Hitam, emas, putih dan emas merah jambu

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 1:07 PM