KEUNIKAN sofa Adele.
KEUNIKAN sofa Adele.
GAYA eksklusif sofa Maria.
GAYA eksklusif sofa Maria.
SOFA Jasmine sesuai untuk ruang tamu formal.
SOFA Jasmine sesuai untuk ruang tamu formal.
SOFA Alyssa tampil dengan konsep MTO.
SOFA Alyssa tampil dengan konsep MTO.
Oleh Faizal Zain

Salam deko! Tidak lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Ramadan. Selesai Ramadan, kedatangan Aidilfitri antara yang dinanti. Jadi, inilah masa sesuai untuk membuat persiapan awal dekorasi kediaman bagi menyambut Lebaran.

Apabila berbicara mengenai sentuhan dekorasi kediaman, antara perabot yang perlu di ruang tamu ialah sofa. Tahukan anda, sofa di ruang tamu membantu hampir 60 peratus kejayaan sentuhan dekorasi sesebuah ruang.

Malah sofa mencerminkan sesuatu konsep dekorasi yang cuba diterjemahkan.

Kini, terdapat banyak gedung perabot yang menawarkan kepelbagaian sofa. Secara peribadi, sebagai pereka dalaman profesional, saya pasti mengunjungi gedung perabot Courts untuk persiapan raya atau mendapatkan sebarang idea dekorasi unik. Ini kerana Courts menawarkan pelbagai pilihan untuk sambutan raya tahun ini.

Malah pengalaman membeli belah di Courts begitu menyeronokkan dan membuatkan saya benar-benar teruja.

Selain menawarkan fabrik sofa siap dan konsep Reka Sofa Anda (MTO) yang menyediakan lebih 2,000 kombinasi warna dan reka bentuk untuk dipilih. Menerusi MTO, anda boleh menzahirkan sofa mengikut warna yang diinginkan dengan bajet berpatutan.

Antara koleksi popular ialah Adele iaitu koleksi moden berbentuk L dan koleksi Maria bagi melengkapkan koleksi klasik 3 + 2 + 1.

Selain itu, serlahkan ruang tamu dengan memilih sofa berbentuk L atau kumpulan sudut atau 3 + 2 atau 3 + 2 + 1 di Courts. Sofa yang dipilih perlu mampu menampung keluarga besar atau kecil. Warna untuk raya yang dicadangkan Courts ialah hijau, merah dan coklat.

Paling utama mutu dan ketahanan. Ketahanan sofa-sofa di Court membolehkan anda menggunakan hingga bertahun-tahun lamanya.

Jangan bimbang jika anda jemu warna dan coraknya atau jika mahu mengubah cita rasa konsep kediaman kerana di Courts kerja-kerja menukar fabrik sofa juga disediakan. Jika anda seseorang yang mudah jemu atau mempunyai anak kecil mungkin mengakibatkan sofa sering dicuci, pilih variasi sofa yang sarungnya boleh ditanggalkan dan dibasuh dengan mudah. Begitu juga sofa kulit yang selesa dan mudah dibersihkan.

Pemilihan sofa juga memerlukan penyesuaian beberapa komponen seperti motif kain pelapis dengan tema ruangan dan pilih sofa yang sesuai dengan tema seperti moden, klasik dan minimalis.

Sofa klasik memiliki bahan pelapis yang berwarna cerah dengan kerangka daripada kayu keras. Sofa jenis ini sesuai untuk ruang tamu yang bernuansa formal selain sering ditempatkan dalam sentuhan bergaya klasik.

Sofa moden mengutamakan keselesaan dan rekaan selain cenderung memiliki permukaan lembut malah sofa itu ideal untuk digunakan pada ruang keluarga atau ruang tamu dengan suasana santai.

Ambil kira bahan atau material yang yang kala mengelirukan. Justeru, membelinya memerlukan masa terutama mengenal pasti corak dan warna, gaya penampilan dan tekstur fabrik. Tiga tema corak biasa ialah polos, jalur dan flora.

Corak jalur mendatar dan menegak dengan warna menarik membuatkan ruang ceria, sementara motif flora menarik jika bijak disuai padan dengan ruang atau tema tertentu.

Sesetengah corak dihasilkan melalui cetakan terus ke atas fabrik khasnya jenis linen dan kapas. Turut dijual, fabrik tenun dan sulam. Selain itu bahan yang digunakan untuk menghasilkan fabrik ialah bahan asli dan gentian atau sintetik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:21 AM