KESELESAAN menjadi keutamaan dalam penghasilan setiap sofa Courts.
KESELESAAN menjadi keutamaan dalam penghasilan setiap sofa Courts.
SOFA dihasilkan menepati cita rasa dan ruang kediaman anda.
SOFA dihasilkan menepati cita rasa dan ruang kediaman anda.
AZEEM dan Jenny ketika sidang media di MGC baru-baru ini.
AZEEM dan Jenny ketika sidang media di MGC baru-baru ini.
PROSES menjahit sarung sofa.
PROSES menjahit sarung sofa.
ANTARA proses pemotongan untuk perabot.
ANTARA proses pemotongan untuk perabot.
PEMASANGAN sarung sofa
PEMASANGAN sarung sofa
ANTARA proses penting untuk penghasilan sofa.
ANTARA proses penting untuk penghasilan sofa.
Hartini Mohd Nawi


Pelawaan Courts Malaysia untuk membawa penulis meninjau proses penghasilan sofa dan tilam keluaran jenama itu, baru-baru ini tidak dilepaskan.

Menariknya, Ketua Pembelian Perabot Courts Malaysia Azeem Sadiq turut mengiringi lawatan kami yang kemudian disambut Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif Matsushita Greatwall Corporation (MGC) Jenny Koh.

Seribu satu pengalaman ditimba selepas seharian berada di kilang MGC di Kulai, Johor ini.

Di atas kerjasama yang dijalinkan, Courts Malaysia dan MGC sentiasa menjanjikan penghasilan perabot berkualiti serta berbangga dengan produk buatan negara ini.

Membabitkan kira-kira 150 pekerja, masing-masing ada kepakaran tersendiri.

Di bahagian jahitan fabrik sofa, melihat kepakaran kakitangannya sibuk menyiapkan tempahan cukup mengagumkan.

Masing-masing fokus dengan tugasan dan berusaha sedaya mungkin menzahirkan rekaan serta kemasan terbaik fabrik sofa mengikut permintaan pelanggan.

Pelbagai jenis fabrik dengan warna dan corak yang diimport dari luar negara dijahit mengikut kesesuaian rekaan perabot.

Bahagian struktur rekaan sofa yang membabitkan penghasilan kerangka kayu kukuh sebelum menjalani proses pemotongan dalaman atau ‘interior cut.’

Proses ini turut memperlihatkan ketelitian pemasangan bahagian dalaman pada kerangka sofa sebelum diikuti kemasan sofa termasuk fabrik.

“Mengambil kira keperluan dan kehendak pelanggan di negara ini, pihak Courts Malaysia sentiasa memastikan produk dihasilkan berkualiti tinggi.

“Setiap rekaan juga diselarikan dengan gaya hidup masyarakat negara ini dan sesuai untuk semua lapisan umur,” kata Azeem.

Melihat kepada perkembangan dunia rekaan dan hiasan dalaman hari ini, trend ringkas serta praktikal menzahirkan konsep ‘simply city’ atau moden kontemporari antara yang popular.

Menurut Azeem, pilihan idea dan dekorasi kediaman di negara ini banyak dipengaruhi gaya hidup dan budaya setempat.

“Daripada kombinasi warna, corak hingga reka bentuk produk, semuanya disesuaikan dengan situasi semasa.

“Biasanya pilihan begitu dekat dengan budaya, gaya hidup dan keadaan ruang khususnya masyarakat bandar.

“Koleksi L Shape umpamanya antara rekaan popular dan sesuai untuk ruang tamu berkeluasan terhad,” katanya.

Sementara itu, Jenny berkata Courts dan pihaknya bekerjasama bagi memastikan semua produk dihasilkan mempunyai kualiti terbaik.

“Sekumpulan pereka, penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua-dua pihak bertungkus-lumus menampilkan semua produk yang sesuai untuk pasaran negara ini.

“Bahan mentah juga sumber tempatan untuk memastikan bahawa ia lebih mesra iklim dan sesuai untuk isi rumah di negara ini,” katanya.

Malah, lawatan secara tetap ke tempat pembekal turut dilakukan untuk mengkaji semula fabrik dan bahan baru selain tujuan mengemas kini kesesuaian produk dihasilkan.

Pemeriksaan menyeluruh juga penting untuk memastikan kualiti produk tidak terjejas.

Produk berkualiti dan berbangga dengan buatan Malaysia

Courts Malaysia antara peruncit elektrik, teknologi maklumat dan perabot terkemuka dengan lebih 29 tahun pengalaman di negara ini.

MGC pula memutuskan untuk bekerjasama dengan syarikat itu disebabkan kekuatannya sebagai peruncit dalam industri perabot.

“MGC sudah menjalinkan kerjasama dengan Courts sejak 1989 iaitu 27 tahun lalu. Bermula dengan penyediaan perkhidmatan penghantaran untuk Courts.

“Hari ini, pihak kami menghasilkan pelbagai perabot untuk Courts termasuk sofa, tilam dan kelengkapan lain bilik tidur,” kata Jenny dan tidak menafikan syarikat itu turut bekerjasama dengan Courts Asia yang terdiri daripada pasaran Malaysia serta Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 6:00 AM