BANTAL hiasan menyerikan ruang tamu kediaman
BANTAL hiasan menyerikan ruang tamu kediaman
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Sofa adalah perabot utama di sesebuah kediaman tidak kira pemiliknya sudah berkeluarga atau pun masih bujang.

Ia menjadi tempat rehat penting untuk seisi keluarga dan ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi memiliki sofa yang selesa.

Ada yang menggemari sofa ringkas dan ada pula gemar meletakkan aksesori tambahan seperti bantal hiasan di atasnya.

Bantal hiasan bukan sahaja berfungsi untuk memberi keselesaan tambahan (jika digunakan untuk bawah kepala atau di belakang pinggang sambil berehat menonton televisyen di atas sofa) malah dapat menyerikan lagi suasana di ruang tamu.

Bagi yang menggemari bantal hiasan, sebaiknya pilih jenis sarung daripada fabrik yang mudah untuk dicuci dan tidak panas.

Pilihlah bantal hiasan yang gebu dan lembut kerana ia lebih selesa berbanding bantal yang keras.

WARNA bantal hiasan juga turut memainkan peranan
WARNA bantal hiasan juga turut memainkan peranan

Pastikan juga saiz bantal hiasan tidak terlalu besar iaitu 30 sentimeter (sm) x 30sm atau 40sm x 40sm.

Bantal hiasan yang terlalu besar boleh menjadikan sofa kelihatan sempit dan kuantitinya perlu bersesuaian dengan ukuran sofa.

Selain itu, pilihlah corak yang sesuai untuk bantal hiasan di sofa anda, contohnya corak geometri untuk gaya dekorasi yang lebih moden.

Ini kerana corak bantal hiasan dapat mempengaruhi suasana di kawasan ruang tamu kediaman.

Dalam pada itu, warna juga turut memainkan peranan dan ia perlu disesuaikan dengan rekaan sofa dan dekorasi di sekelilingnya termasuk warna dinding.

Warna bantal hiasan yang tidak sesuai boleh mencacatkan dekorasi di sofa anda.

Menerusi pemilihan corak yang tepat, ruang rehat anda pasti akan kelihatan lebih selesa dan elegan.

ANAK yang berkongsi bilik perlu diberi ruang yang sama rata.
ANAK yang berkongsi bilik perlu diberi ruang yang sama rata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 6:17 AM