Spotify mengumumkan penambahan fungsi baru pada aplikas ‘stream’ muzik yang dilengkapi bukan saja pemain lagu tetapi akan memainkan video secara stream selain kini lebih mesra untuk aktiviti kesihatan dengan kerjasama syarikat sukan, Nike.

Ia juga menyegarkan semula laman mula baru dipanggil Now yang mempelajari lagu kegemaran pengguna mengikut masa dan keadaan seterusnya memilih lagu bersesuaian untuk dimainkan.

Fungsi Spotify Running turut diperkenalkan apabila pemain lagu sering menjadi peneman penggemar larian atau joging, justeru ciri baru ini membolehkan pilihan lagu yang boleh meningkatkan motivasi ketika berlari.

Di samping itu, Spotify turut bekerjasama dengan aplikasi RunKeeper untuk menyepadukan aplikasi Spotify di dalamnya.

Spotify kini tidak lagi memainkan lagu saja, malah ia turut memainkan klip video berkaitan lagu pilihan. Jadi pilihan lagu pengguna tidak lagi terhad kepada audio tetapi turut ditawarkan dalam bentuk klip video.

Manakala Spotify Original akan memaparkan kandungan asli yang direka khusus buat Spotify.

Sementara itu, syarikat stream terbabit kini menambah koleksi klip video dan rancangan audio dalam pilihan lagu pengguna seperti ABC, BBC, Comedy Central, ESPN, NBC dan Ted.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 1:49 PM