GREENROOM. FOTO Spotify
GREENROOM. FOTO Spotify
AFP

New York: Syarikat penstriman muzik dalam talian dari Sweden, Spotify melancarkan aplikasi audio 'live' dinamakan Greenroom bagi melawan platform Clubhouse yang semakin popular.

Greenroom membolehkan pengguna menyertai perbincangan secara langsung atau mengadakan perbincangan sendiri.

Spotify melancarkan Greenroom selepas membeli Betty Labs iaitu syarikat di sebalik platform audio Locker Room yang fokus kepada sukan.

Bersama dengan audio siar (podcast), audio sosial turut semakin popular sejak setahun lalu didahului dengan Clubhouse yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Sejak Disember, Clubhouse dimuat turun lebih 18 juta kali, menurut laman web AppMagic.

Syarikat gergasi teknologi lain juga memasuki sektor audio langsung dengan Twitter melancarkan Spaces pada Disember dan Facebook menganjurkan Live Audio Rooms.

Namun, kemampuan platform ini untuk mendapatkan hasil masih masih menjadi tanda soal.

Mereka juga harus bersaing dengan Discord, yang menawarkan audio langsung sejak 2015 dan mempunyai lebih 140 juta pengguna walaupun fokusnya pada 'gamers' atau pemain permainan video.

Namun, Spotify mempunyai kelebihan sebagai platform audio menerusi fokusnya pada muzik dan, baru-baru ini, audio siar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 7:05 PM