SPOTIFY hari ini mengumumkan pelancarannya ke India. FOTO/AGENSI
SPOTIFY hari ini mengumumkan pelancarannya ke India. FOTO/AGENSI
AFP

MUMBAI: Spotify hari ini mengumumkan pelancarannya ke India, menawarkan kandungan Bollywood dan serantau yang menarik jutaan pengguna baru ke platform penstriman muzik terbesar di dunia itu.

Syarikat yang bertapak di Sweden itu meluaskan pengaruhnya dengan memenuhi selera muzik masyarakat India menerusi teknologi masa kini.

Spotify menawarkan pengguna di India dengan masa percubaan percuma diikuti langganan berharga 119 rupee (RM6.80) sebulan.

Pengasas Spotify Daniel Ek berkata: “Spotify bukan sahaja memperkenalkan artis India ke dunia, malah membawa dunia muzik kepada peminat di seluruh India.”

Spotify menawarkan muzik dalam empat bahasa, senarai lagu baru khusus untuk pendengar India dan trek lagu adegan filem negara itu.

Ia adalah perkembangan terkini Spotify di Asia Tenggara selepas Timur Tengah dan Afrika Utara selain menawarkan 200 juta pengguna di 79 pasaran. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Februari 2019 @ 10:06 PM