PASUKAN Lions XII tiba di pekarangan Hotel Palace Golden Horses.
PASUKAN Lions XII tiba di pekarangan Hotel Palace Golden Horses.
Oleh Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Ketua jurulatih LionsXII Fandi Ahmad (gambar kecil) tidak menyembunyikan rasa resah dengan kelibat dua tonggak import Kelantan yang bakal memberi ancaman pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Fandi menegaskan kelibat Gilmar Da Silva dan Iwuji Austin Amutu dianggap berbahaya.

Justeru, beliau akan menonton rakaman video aksi mereka bagi merancang strategi menyekat pergerakan penyerang skuad The Red Warriors itu.

“Memang saya tidak tahu permainan kedua-duanya dan perlu melihat rakaman video untuk menilai aksi mereka. Apa yang saya tahu mereka berbahaya.

“Kelantan pasukan berpengalaman selepas beberapa kali beraksi di final sama ada Piala FA serta Piala Malaysia dan sudah tentu mereka mahu meneruskan legasi juara itu. Namun kami tetap memberikan tentangan hebat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 7:27 AM