PATI Indonesi yang ditahan. FOTO ihsan PPM
PATI Indonesi yang ditahan. FOTO ihsan PPM
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dalam dua serbuan berasingan sekitar kawasan pesisir Pantai Mados, Desaru dan pantai Tanjung Kelisa, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Semua PATI yang ditahan terdiri daripada 37 lelaki, enam wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang semuanya berusia antara dua tahun hingga 50 tahun.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, mereka ditahan ketikamenunggu bot pancung untuk cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen diri yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

"Semua PATI dibawa balik ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 2:23 PM