Sebaik memasuki usia belasan tahun, remaja khususnya si manis mula memberikan perhatian terhadap penjagaan kulit dan penampilan. Malah ada yang rela mengecilkan belanja makan daripada wang saku sekolah untuk membeli produk penjagaan kulit yang sesuai dengan mereka.

Antara jenama yang menjadi pilihan ramai remaja ialah krim pencerah dan penjagaan kulit Fair & Lovely. Kini jenama itu mengorak langkah dengan menjadi penaja utama bagi Dewi Remaja 2014/15.

Fair & Lovely kini dipilih sebagai penaja utama atas objektif yang sama dengan Dewi Remaja iaitu merealisasikan impian gadis remaja.

“Fair & Lovely adalah satu jenama yang membantu semua wanita dalam memberi inspirasi dan mencipta semula hala tuju mereka dalam mencapai impian dengan membina keyakinan mereka bersesuaian dengan Dewi Remaja.

“Fair & Lovely Advanced Multivitamin, formulasi terbaik Fair & Lovely bagaikan rawatan pencerahan bagi kecelaan dan ton kulit tidak sekata, secara tidak langsung dapat membantu memberikan keyakinan diri kepada si gadis manis.

“Kebanyakan remaja tidak diberi peluang untuk mempamerkan bakat mereka bagi mencapai impian masing-masing. Melalui Dewi Remaja, peserta diberi beberapa cabaran seperti sesi penggambaran untuk menonjolkan bakat dan keyakinan. Melalui program ini, secara tidak langsung Fair & Lovely dapat bersama-sama membantu lebih ramai wanita menjadi yakin dan mencapai impian mereka tanpa rasa gentar,” kata Chong Yen Nee, Pengurus Jenama Kategori Kulit, Unilever Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 6:35 AM