Memiliki kulit wajah sempurna menjadi dambaan setiap wanita maka, sejak usia awal remaja lagi seharusnya penjagaan kulit dititikberatkan terutama untuk melindungi daripada selaran matahari.
Fair & Lovely bukan jenama asing di negara ini dalam membantu wanita mendapatkan ton kulit lebih sekata melalui pencerahan kulit secara semula jadi dan selamat.
Sejak bertapak di negara ini pada 1993, jenama itu komited mengubah dan memberi inspirasi kepada kehidupan wanita Malaysia menerusi keyakinan diri.
Duta jenamanya, Daiyan Trisha, 24, yang juga seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat, penghibur, pelakon serta usahawan berkata, rutin hariannya yang padat menjadikan regim penjagaan wajah perlu dilaksanakan sepantas mungkin.
Kejar impian biasiswa Fair & Lovely
Justeru, katanya, Fair & Lovely amat bersesuaian dengan remaja sepertinya kerana aplikasi mudah produk itu memberikan hasil kulit cerah berseri seperti yang diimpikan.
“Kerjaya seni dan pengajian saya di universiti menuntut banyak masa berada di luar. Jadi, saya memerlukan produk penjagaan wajah yang ringkas dan tidak terlalu banyak.
“Selain mudah dibawa, rangkaian produk pencerahan Advanced Multi Vitamin Fair & Lovely ini hanya memerlukan dua langkah penjagaan iaitu pembersih muka dan krim pencerah SPF 15 untuk rutin kecantikan saya selepas bangun tidur.
“Sebelum tidur pula, saya membersihkan wajah dengan pembersih muka dan menyapukan krim pencerah. Jadi, ia sangat praktikal untuk digunakan terutama bagi mereka yang menjalani jadual harian yang padat seperti saya,” katanya.
Menurutnya, ada kala dia perlu bekerja di luar dan di bawah terik matahari, namun dia tidak lagi bimbang kerana penggunaan krim pencerah SPF 15 Fair & Lovely dapat melindungi kulit wajah daripada selaran suria yang menyebabkan kesan gelap dan kusam.
Baginya, perbezaan ketara terhadap kulitnya yang kini sentiasa lembap dan anjal malah kulit kombinasi iaitu kering dan berminyak dimilikinya dapat diatasi dengan sentiasa memastikan pemakaian krim pencerah sebelum mengenakan solekan.
“Saya akui memang penting untuk membahagikan masa sebaiknya kerana sebagai pelajar saya perlu seimbangkan antara tugasan, karier seni dan perniagaan. Namun kerana minat saya dapat mengatasinya dengan baik walaupun berdepan dengan banyak cabaran,” katanya sambil tersenyum manis.
Bagi Daiyan, di samping mengejar cita-cita sebagai penyanyi dan usahawan, pendidikan sangat penting kerana ia asas untuk mencapai matlamat hidup. Pendidikan membolehkan sesiapa juga maju ke hadapan dan merubah kehidupan mereka.
Dia turut berbangga kerana jenama itu terus memberi kepercayaan kepadanya buat kali kedua berturut-turut untuk membawa mesej Fair & Lovely sebagai satu jenama yang berpegang kepada kecantikan yang memperkasakan wanita mengukir masa depan mereka.
Justeru katanya, sebagai duta Fair & Lovely, ia satu penghormatan baginya dan memberi inspirasi kepada wanita muda untuk mencapai impian mereka seperti mana dia mengejar impiannya menggenggam segulung ijazah dan pada masa sama terus menempa nama dalam dunia seni.
“Justeru, inisiatif Fair & Lovely menggalakkan gadis remaja meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi dengan penawaran biasiswa adalah platform terbaik untuk golongan ini mencapai impian mereka.
“Jenama ini ada pakej lengkap untuk wanita bukan saja membentuk keyakinan diri menerusi kecerahan sempurna malah turut menggalakkan mereka meningkatkan diri dengan ilmu dan pendidikan.
“Saya mengagumi inisiatif ini sejak menjadi duta untuk tahun pertama ia diperkenalkan. Saya juga rasa begitu bersemangat menyampaikan mesej kepada gadis remaja lain bahawa pentingnya mendapat pendidikan tinggi dan menggapai impian mereka.
“Saya sendiri sangat menekankan kepentingan pelajaran, jadi dengan biasiswa ini saya berharap lebih ramai gadis muda seperti saya berkeyakinan diri mencapai cita-cita atau melakukan apa saja yang diinginkan. Bagi saya ia elemen penting yang patut ada dalam sesebuah jenama,” katanya.
Biasiswa Fair & Lovely yang dilancarkan pada tahun lalu diterima baik dan mendapat sambutan hangat dengan lebih 8,000 wanita muda membuat permohonan untuk biasiswa berkenaan.
Antara halangan utama yang dihadapi oleh wanita muda dalam usaha mengejar impian mereka ialah masalah kewangan dan menerusi Biasiswa Fair & Lovely pada 2016, 40 wanita muda bertuah diberi peluang untuk mengejar impian bagi melanjutkan pengajian tinggi dengan bantuan kewangan ini.
Tahun ini, Fair & Lovely terus menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000 bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita muda memiliki masa depan yang cerah melalui pendidikan.
Fair & Lovely memberi peluang kepada 40 wanita muda dari universiti awam tempatan untuk memenangi biasiswa ini yang akan membantu mengurangkan bebanan kewangan mereka.
Biasiswa ini terbuka kepada semua wanita muda yang sedang menjalani pengajian di peringkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan dan pemohon mestilah mempunyai CGPA minimum 3.0 dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Permohonan biasiswa boleh dibuat melalui portal rasmi Fair & Lovely di https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/ bermula 6 Januari hingga 30 April 2017.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/.