Abu Alaa al-Afri. Foto BBC News
Abu Alaa al-Afri. Foto BBC News

BAGHDAD: Kementerian Pertahanan Iraq mengesahkan ketua paling kanan kmpulan Negara Islam (IS) terbunuh dalam serangan udara pihak bersekutu terhadap sebuah masjid tempat dia berjumpa anggota militan lain di utara Iraq.

“Berdasarkan maklumat perisikan yang tepat, serangan udara itu mensasar pemimpin kedua tertinggi IS, Abu Alaa al-Afri," kata kenyataan kementerian itu malam ini.

Abu Alaa al-Afri yang nama sebenarnya Abdul Rahman Mustafa Mohammed ialah etnik Turkmen dari bandar Tel Afar di utara Iraq. Dia diyakini pemimpin kedua tertinggi IS selepas Abu Bakr al-Baghdadi yang mennggelar dirinya kalifah.

Dalam kenyataan di laman web Kementerian Pertahanan Iraq itu, ia menyiarkan rakaman video serangan terhadap ‘Masjid Jihad’ di al-Iyadhiya dekat Tel Afar yang Abu Alaa menjadi guru serta pendakwah. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 11:44 PM