FOTO ihsan JPAM
FOTO ihsan JPAM
Oleh Junaidi Ladjana

email:

Papar: Empat puluh pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmadshah Inanam, cemas apabila bas mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Papar lama berhampiran Kampung Kawang, Papar.

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, seorang pelajar patah tangan, enam cedera manakala baki tidak cedera.

Pemandu bas yang hanya dikenali sebagai Hazle, berkata ketika kejadian bas membawa 40 pelajar itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Keningau untuk menghadiri program akademik.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah bertentang dipercayai masuk laluan. Saya cuba mengelak dan menyebabkan bas terbabas dan terbalik,” katanya ketika dihubungi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan Azhari Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu dan membawa pelajar yang cedera di bawa ke Hospital Papar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 4:46 PM