KATAK panah beracun sememangnya cantik tetapi mampu membunuh.
KATAK panah beracun sememangnya cantik tetapi mampu membunuh.
 KELIHATAN comel tetapi awas dengan duri di seluruh tubuh serangga lembut ini.
KELIHATAN comel tetapi awas dengan duri di seluruh tubuh serangga lembut ini.
ULAR air ditemui sekitar Teluk Parsi.
ULAR air ditemui sekitar Teluk Parsi.
 BISA pada obor-obor kotak mampu membunuh jika
BISA pada obor-obor kotak mampu membunuh jika
SIPUT kon dalam pelbagai warna.
SIPUT kon dalam pelbagai warna.
Susunan Siti Salmiah A Hamid


Ia dianggap amat menakutkan, malah manusia sering terlepas pandang akan makhluk yang bersembunyi dalam gelap dan menyepikan diri tetapi bersedia menyerang sama ada dengan amaran atau bersama racun yang mampu membawa maut.

Siput kon - membunuh manusia kurang daripada empat minit

Ketika berjalan di pantai, anda melihat ratusan cengkerang yang terdampar. Pelbagai bentuk dan ukiran membuatkan ada terfikir ia sesuatu yang menarik jika dijadikan perhiasan di meja pejabat atau di rumah.

Bagaimanapun, tanpa sebarang amaran anda tiba-tiba terasa sengatan tajam daripada salah satu cengkerang cantik yang baru dikutip. Sengatan itu tersebar ke seluruh badan dengan segera.

Sengatan pantas itu terhasil daripada lembing berduri siput kon yang menyuntik anda dengan salah satu racun saraf paling berbisa yang diketahui kewujudannya.

Katak panah beracun - sentuhan yang membawa maut

Bentuknya yang kecil dan menyamai pokok agak menyukarkan anda mengenali dirinya. Haiwan itu seperti barang perhiasan di sebalik helaian daun pelbagai warna.

Ia pasti bernilai bagi mereka yang cintakan keaslian semula jadi dengan meletakkannya di dalam terarium yang cantik dipandang.

Jika memegangnya, anda akan mati hanya dalam beberapa minit. Tiada sengatan, tiada gigitan, tiada racun tetapi hanya lendir berkilauan pada tubuh si katak.

Ia satu-satunya haiwan di dunia yang mampu membunuh manusia hanya dengan sentuhan, malah boleh melompat sejauh satu meter.

Ulat bulu - badut pemalas dalam dunia serangga

Sebelum bermulanya fasa seekor rama-rama, ulat bulu kelihatan comel dan memiliki peribadi lembut tetapi awas dengan duri yang menyelimuti tubuh serangga itu.

Durinya itu membunuh berpuluh-puluh mangsa setiap tahun.

Ia bukanlah sesuatu yang bagus bagi manusia sama ada mati disebabkan racun serangga itu atau perjalanan darah terhenti dengan tiba-tiba.

Ular air

Apabila menyebut mengenai ular, pasti ramai terfikir mengenai haiwan itu hidup di tanah.

Bagaimanapun, jika anda berkayak di sekitar Teluk Parsi atau kepulauan India, anda perlu berwaspada jika terserempak dengan Enhydrina Schistosa yang berbisa.

Ikan batu menunggu dalam diam di dasar laut

Ia bukanlah penghalang bagi mereka yang cintakan aktiviti selam skuba. ­Tetapi masih ada perkara yang perlu ditakuti terutama ketika penyelam berjalan dan suka menyentuh sesuatu yang disangka batu karang.

Sisik yang tajam dan duri yang menyelimuti tubuhnya antara perisai badan ikan batu itu yang amat berbahaya jika tercucuk.

Obor-obor kotak atau obor-obor ‘keranda’

Chironex fleckeri adalah obor-obor kecil di luar pantai Australia dan tenggara Asia. Haiwan itu memiliki 24 mata serta empat mata kluster. Sengatan mikroskopik bukan sengaja diaktifkan tetapi ia mudah terkena kulit manusia atau haiwan.

Jika berlaku, ia akan menyuntik apa saja dengan melepaskan neurotoksin paling kuat yang diketahui manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 2:22 PM